Followers

Monday, September 27, 2010

Mari kita doakan yang baik2 untuk mereka.

2 orang rakan blogger yang dekat di hati ini.
2-2 sedang keresahan berkaitan dengan anak.

mari kita doakan untuk mereka.
Pn. Nona a.k.a Chempaka dan Pn. Jiey.

Jiey punyai seorang anak yang istimewa di mata dan hati aku. Sejak sebelum aku pregnantkan khalish lagi, Ian menjadi hiburan aku dengan telatah dan keletahnya menerusi blog Jiey. Dan sekarang Ian sedang dalam kesakitan. Aku cuma dapat doakan dari jauh kerana jarak KL dan Sitiawan tidak memungkinkan aku ke sana. Harap dapat bertemu Ian juga suatu hari nanti. Dan aku sentiasa selitkan Ian dalam doa harianku agar kesihatan yang baik sentiasa memihak padanya.

Chempaka pula aku kenal sejak awal dunia blogging. Aku doakan kandungannya sihat dan semoga degupan jantung bayinya akan kelihatan nanti.

Jom ye kawan2. Kita doakan kesejahteraan mereka anak beranak. Semoga mereka tabah hadapi ujian dari-Nya. Dan mereka memang orang yang kuat. Aku tahu itu.

5 comments:

  1. Amin...Mudah-mudahan Allah memelihara meraka dan memberikan sesuatu yg terbaik bg mereka yg sabar...

    ReplyDelete
  2. i.Allah...semoga semuanya baik2 blaka..

    ReplyDelete
  3. AMIN, insyaALLAH. tabahkanlah hati mereka, YA ALLAH. memang sayu dan pedih hati sebagai ibu melihat anak yg dikandung, dilahirkan, dibesarkan kesakitan atau xsihat.

    ReplyDelete
  4. insyaAllah se uanya selamat.. mari kita doakan agar anak mereka selamat...

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...