Followers

Tuesday, September 21, 2010

Pregnancy kali ini cabarannya berbeza

Alhamdulillah...setakat hari ini pada usia kandungan 22 minggu (5 bulan setengah) semua baik2 saja walaupun aku masih batuk2 dan selsema ringan.
tapi yang peliknya, kali ni tiada darah tinggi, tiada kencing manis. cuma masalahnya berat badan dah 6 minggu hanya statik. tak kurang dan tak pula menaik. (even bulan raya makan tak hengat donia)

tapi bila discan baby dan dengar jantungnya, alhamdulillah semua ok2 saja.
dan kali ni menarik sebab biarpon tiada darah tinggi dan diabetes seperti kandungan yang lepas, kali ni aku diuji darah untuk tiroid pula. dan keputusannya hanya dapat diketahui selepas 2 minggu. sangat2 mencabar kan?
takpela. aku percaya Allah ada rancangan terbaik untuk hambanya. yang penting baby sehat2 saja. kalau aku dibedah kali ke-2 pon takpe asalkan anak ok2.
oh. baby macam tau2 je aku tengah tulis pasal dia. elok je tendang2 aku. hehe.

ramai yang menjangkakan baby kali ini adalah lelaki. bagi aku, lelaki atau perempuan aku dah tak kesah sangat walaupon pada mulanya aku yang beria2 mahukan perempuan. tapi, bila sudah ada khalish membesar depan mata...dan ramai yang mengatakan rupanya persis seorang kanak-kanak perempuan, membuatkan aku sudah tak kesah jika kami dikurniakan anak lelaki sekali lagi. seperti tiada beza jika anak seterusnya lelaki juga kerana aku hampir pasti rupanya akan seperti abang long nya juga. cuma kurangnya tak dapat nak gayakan mereka dengan gaun2 dan headband yang cantek2 serta beropol2. hehe.

takpe. kita tunggu lagi sebulan setengah ok. masa tu nak scan gender baby. tak sabarrr...sebab aku gemarkan memberi nama awal2. sebab aku suka panggil baby dengan namanya sendiri. tidaklah terbaby, baby sepanjang pregnancy. hehe. macam khalish dulu, sejak tahu gendernya, terus sahaja aku ligat cari nama dan selepas berkenankan nama tu, sejak itu memanggilnya khalish sejak dia dalam kandungan lagi. hasilnya? selepas keluar dari perut mamanya, tiap kali dia menangis atau merengek2, mendengar aku memanggil namanya sahaja cukup buatkan dia reda. mungkin selesa kerana tahu mamanya ada berdekatan.
:)

Doakan kami sehat2 sahaja sepanjang tempoh mengandung ni. Mungkin juga pregnancy kali ni tak banyak kerenah sebab kerenah khalish saja sudah cukup buatkan aku pening kepala. hehe.

11 comments:

  1. kak intan, dah 5 bulan ke??? cepatnya..... kenapa adik ipar amy pregnant dah 7 bulan amy rasa amat2 lah lama. btw, amy pun doa agar kak intan sihat2 ajer.

    The Pink Dress Diary

    ReplyDelete
  2. lain anak lain ragamnya, elok gaks namakan baby dalam perut awal-awal kan, ada personal contact gitu

    ReplyDelete
  3. abang nik panggil anak dia adam masa dalam perut...tapi bile dah lahir, terus berkenan nama zakwan. lagipun ex gf dia dulu pun bagi nama anak adam yang kebetulan lahir selang sehari je dari anak dia lahir..

    ReplyDelete
  4. da 5 bulan setengah da ye..saya baru dua bulan setangah.anak k2 ni lagi lama morning sickness compare dulu.yang first lg senang.hehe..

    tu la kan..lain anak lain pengalamankan...

    ReplyDelete
  5. moga dipermudahkan hingga saat kelahiran nanti...insyallah, kami sentiasa doakan utk korg berdua...

    ReplyDelete
  6. Intan,
    Tetiba kita pun dok usap2 perut bila baca entry ni. Serius rindu dengan kicking baby dlm womb. Rinduuuu..

    Semoga Intan & baby sihat2 selalu. Insya-Allah semuanya akan baik2 saja, ya.

    ReplyDelete
  7. lama tak menjenguk sini.setiap anak lain pengalamannya. semoga sihat dan selamat bersalin.

    ReplyDelete
  8. harap2 semuanya okay sampai awak bersalin.

    ReplyDelete
  9. semoga kekal sihat dan dapat bersalin normal...tapi normal atau csect tak kisah asalkan selamat mama & baby...kitorang doakan dari jauh...ewah!!

    ReplyDelete
  10. take care intan. dah tahu gender ke intan

    ReplyDelete
  11. 5 bulan sudaa...N plak aritu BP borderline..kne pantang laa gamaknyerr...adoi laa...da name keturunan darah tggi...sabau jekk..

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...