Followers

Monday, May 24, 2010

jauh ok nak carik telur masin! hahaha~

sabtu haritu ada jemputan kahwin kat sg. petani.
kena pergi sebab masa aku kawen aritu, diorang 1 family datang.
so, ni kira main balas2 la ni.
ibu kata tak manis kalau orang sana dah usaha datang sini, kita plak wat tak tau je dia wat kenduri.
so, sebagai anak yang menurut perintah, ikut je la.

masa ni kami 1 keluarga pergi. adik beradik dan ibu ayah.
cuma en alang je tak dapat join. sebab dia kerja.
ye la. minggu depan terpaksa cuti pulak sebab kenduri kat kl.
ini memang wajib pergi. sebab sepupu aku yang kawen.
:)

on way ke sg. petani, 
singgah sekejap kat kuala kurau.
ibu nak beli telur masin kat sana.
beli sampai beratus2 biji. untuk kenduri kawen kl tu.
sebab ibu sponsor bunga pahar dan telur skali.
tu yang pakat nak beri telur masin.
nak2 plak telur masin kuala kurau ni sedap. rasa masin, lemak yang cukup seimbang.
murah pon ye. sebab kitorang beli dari kilang terus.


kilang telur masin. kecik je kilang/kedai ni. tapi seronok tgk. sebab pekerja yang ada 1 malaysia abis la. tokey cina, pekerja ada melayu dan india. :)


ini la dia telur2 masin yang dah siap di pack. nampak kemas je kan? didatangkan dalam kotak berisi 20biji atau 50biji.

slalunya kat kedai runcit adala dalam 70-80sen kan?
ni bila ibu kira2 dalam 52sen je sebijik.
murah kan?

masa diorang pi ramai2 tgk telur masin ni, aku malas nak turun.
gambar2 semua ajik yang amekkan.
sambil tunggu diorg beli,
aku ckp kat zaza, kalau dpt nasi skang ni, sedap eh mkn ngan telur masin.
zaza kata, gile ke? nak mkn telur mentah2 tu?

serius weiii...masa tu aku tgh kebulur.
sampai tak ingat telur tu tak direbus lagi. hahaha!

10 comments:

  1. kedai telur masin kt selekoh tu mmg femes kak..

    ReplyDelete
  2. jauh sungguh memborong telur masin tp beli byk2 jd berbaloi

    ReplyDelete
  3. murah gila lah satu rm0.50..

    Dari penggemar telur masin.

    ReplyDelete
  4. syedapppnya telor masin!gulp!

    ReplyDelete
  5. sg petani tu kenduri kt manaaaa???

    ReplyDelete
  6. telo masin ni nk bagi kat org dtg kenduri ke??

    ReplyDelete
  7. telur masin kat belah2 kelantan tak warna hitam. diorg peram dalam air garam je tak silap.

    ReplyDelete
  8. hahaha..ade ke patut mahu makan nasi ngan telur masin mentah...yappedaa...kih3...tp murah la dalam 52sen...berbaloi2

    ReplyDelete
  9. N mkn telur masin ikut mood..ahaa..boley kerr..

    ReplyDelete
  10. niera,
    ooohhhh...memang femes ek? syok ek pekan kuala kurau ni. kedai kecik2 dan tenang. seronok!

    pz&ilot,
    memang murah la...berbaloi!

    cik ah,
    sedap hingga menjilat kulit telur! hehehe~

    hana,
    kenduri kat taman berlian. hana tau ke?

    azhieeda,
    haah. kenduri kat kl minggu ni. tak sabar nak turun kl nak jumpa sedara mara. :)

    amy,
    haah. akak pernah dgr diorang kata macam tu. hehehe!

    nad,
    kalau dah lapar...memang tak ingat dah.

    N,
    same with me. tapi masa tu memang tahap kebulur tak hingat.
    :)

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...