Followers

Monday, May 18, 2009

apabila mak buyung ber'piknik'

semalam, ahad.
pagi2 buta kitorang dah terjaga.
padahal, malam sebelum tu tido lambat. ye la kan, ada af final.
tengok kat umah ibu. tersangkut kat situ.
sebab before that ada sedara datang umah.
layankan je la.

bila dah terjaga pepagi buta,
aku macam biasa, bagi abis semua muntah2 dulu.
then, cuci2 muka sket, sambung baring.
borak2 ngan en alang. imbas2 kembali zaman bercinta kitorang.
best woo borak2 pepagi buta atas katil ni.
tak sedar masa berjalan.
alih2 je, dah nak abis waktu subuh.

lepas mandi, solat, dan2 tu perut lapar.
nak masak, aku ni malas gile.
cepat2 suruh en alang siap2, kitorang makan kat restoran je.
aku makan roti telur, en alang makan nasi lemak.
sedap oo rpti telur ngan horlick ais.
masyuuukk!!!
heheh.

lepas makan je, tengok jam baru nak pukul 9am.
so, macam awal sangat nak balek.
kat umah pon tak wat ape.
paling2 pon, kitornag lepak depan tv je.

so, aku decide nak ke teluk batik.
masa tu, pasrah je. kalau orang ramai pon, redah je la.
sebab dah lama pon tak jengah teluk batik.
:)

sampai2 je,
kereta tak banyak. selalunya, kat area sini kereta penuhhhhh. tapi, kali ni, kosong. sebab kat parking lot pon banyak kosong. kalau parking lot tu penuh, baru diorang bukak kawasan ni untuk parking.


ko tengok. kosonggggg!!!


2-2 muka tak semenggah. sebab datang sini pon tak plan apa. redah je.



tengok. aman damai je. orang tak ramai. memang best gile aahhh. masa ni, cuaca pon takla terik sangat. angin pon nyaman je. best2. dan masa ni masing2 nyesal tak bawak tikar dan baju salin. kalau tak, dapat la kitorang berjimba rumba bermandian2 pantai. huhuhuhu.


cotton candy di tepi pantai. masa ni tak teringin pon nak beli. tapi, bila aku tepek gambar ni, keinginan tu meronta2 okeh!



kami mencari2 port sesuai nak lepak. kat sini, dah ada orang plak.



cari2 lagi. setakat ni, aku suka gambar ni. ngeeee~



ni dah sampai hujung pantai. konkrit bulatan ni la tempat aku ngan en alang memula nak kenal hati budi masing2. masa tu, aku ngan en alang duduk jauh2 ko. cakap pon kena kuat2. klakor gile rasa. skang ni, takleh berenggang plak. huhuhu.

tengah duduk2 kat sini ngan en alang, aku ajak en alang lepak depan pantai plak. baru la gerek. hehehe.


kaki kami bermesra2an dalam pasir. masa ni pasir rasa sejukkk je. best2.



sambil2 borak, kite snap2.


sambil kite merenung masa depan kat lautan yang luas tu, kite pekena aiskrim dulu! hehehe.



jemput makan aiskrim okeh. shedaaappp. aiskrim moo tu aku boleh je pekena 2- batang sekaligus. huhuhu.

13 comments:

  1. alahai..gamba awak sengsorang tu ayu jelita gitu yang..

    ReplyDelete
  2. sengaja akk eh tunjuk eskremm hooooooooooooooooooooo

    ReplyDelete
  3. wah..perut u dah nampak even u juz 19 weeks..sgt chomel..dari gaya perut nampak mcm girl..hehehehe..xdela..i saje teka..hmm..my hubby ngalah coz takut i kempunan..hehehehe..tapi bile dah minum,rase puas dah..dah xingat lagi dah..hehehee

    ReplyDelete
  4. ngilu la gigi amy tengok korang makan ice-cream. hehehe...

    bestnya dapat g pantai pepagi camtuh. org tak ramai sebab bgn lambat kot. tengok Af la katakan. ;)

    ReplyDelete
  5. pepagi pegi pantai adalah sgt bestttttt!!!!

    ReplyDelete
  6. wahh...msti nyamann gilerr kan..cotton candy tu cm comey banyak2...

    ReplyDelete
  7. waaaa g pantai..
    huwaaa nak g pantai gak nk g:P
    lame kot xg

    ReplyDelete
  8. cantiiiiiikkkkkknya pantai..
    teluk batik kat perak kan ??
    daerah apa yer

    ReplyDelete
  9. wawawawaa
    romantiknya....
    suka!suka!

    ReplyDelete
  10. wah...syoknyer berjimba rumba...
    dah lame x ke pantai...
    kaki ni allergic pasir pantai...
    tp kalo dah gian, pegi jugak...
    hahaha....

    ReplyDelete
  11. alahai. comel jelah akak ngan en alang. part makan aiskrim tu paling ter comel =D

    ReplyDelete
  12. ayu,
    jelita ke? huhuhu.
    ni yang perasan lebih2 nih.

    nenekrock,
    yeahh!!! memang sengaja pon. hahahha!

    nurulzia,
    tula. ramai kata macam baby girl. tapi, kite tgk je nanti. ok?

    Amy,
    tul tuh. orang semua bangun lambat sebab tgk AF. lagipon, macam ada perhmpunan umno je kat manjung on that day. tu yang orang tak ramai tu.

    super hana,
    oh yeahhhhh!!!!!

    N,
    memang pon. meh2 mai sini. :)

    aleena,
    meh2. mai sini. best tauuu!!!!!

    arpeggios,
    t.batik kat lumut. dari manjung around 6km camtu. tak jauh pon.

    shalin,
    suka sangat tgk orang romatik2 ek.

    nads,
    kaki alergic pasir? alahai. ruginyeee....

    diya,
    comel ke? huhuhu. comot adala.

    ReplyDelete
  13. tak pernah tgk teluk batik kosong camtu...selalu penuh je...

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...