Followers

Thursday, May 20, 2010

Happy 8 months old Khalish sayang!



dah 8 bulan! kejap je.
dah besar panjang pon.
tak puas mama ni nak gomol2 kamu.
besok2, kejap je kamu dah 8 tahun, 18 tahun.

ok. perkembangan khalish menginjak usia 8 bulan adalah;
1. suka menyanyi
2. suka tgk tv & laptop & handphone
3. dah boleh duduk sket2.
4. cubaan merangkak masih dalam proses. angkat bontot dah slalu dah.
5. ok. yang ni adalah salah mama. baru semalam perasan budak bujang ni ada lesung pipit. boleh?
6. ada lesung pipit belah kiri.
7. laju je kalau berjalan dalam walker.
8. pandai mintak makanan dari org yang tengah makan.
9. dah boleh makan. tapi kadang2 kena paksa jugak.
10. dah kenal orang. (ini susah juga. sebab tetiba dia boleh nanges kat orang dia tak pernah jumpa)
11. suka sangat dibawa jalan2. kalau boleh, tak nak balek umah langsung.
12.dah tumbuh gigi sebatang kat gusi bawah.

so, sempena khalish berumur 8 bulan ni,
pepagi tadi aku cepat2 tarik en alang supaya dapat bergambar sekeluarga.
hahaha. tapi hampeh ok.
sebabkan aku buat keje semua laju2,
bedak pon bertamapuk2. paling obvious kat dahi.
gambar pon senget2.
jadila...dari takde gambar langsung.
hehehe~
mama bedak bercapuk. papa maintain hensem lovey-dovey. khalish yang moody dipaksa bergambar bertiga. tak tengok kamera langsung!

8 comments:

  1. happy 8th months khalish..
    bila la aunty nak dapat jumpa khalish ek?

    ReplyDelete
  2. Happy 8 months young khalish ;)

    ReplyDelete
  3. hahaha..xkesah la bercapuk2 pon..romantik di pagi hari gitu

    ReplyDelete
  4. yay..da 8 bln. pejam celik da setahun nti ye khalish. mintak hadiah bes2 dr mama papa.
    mintak baju baru,baju br kat entry atas tu da tak muat nti.keke

    ReplyDelete
  5. mak haqq,
    tq auntie!

    nurul,
    masa tu dia dah naik motor. kite paksa dia amek gambar. hahaha.

    ayu,
    tu la...ni next week ada kenduri kat kl. ntah dapat jumpa ke tak.

    koklie,
    tq auntie!

    farah,
    romantik ke bercapuk2 tu. hehehe~ yang penting memori tu kan?

    pz,
    tu la..kejap je. tak puas!

    ashra,
    hehehe. tu la. silap juga terorder baju untuk budak setahun. bila teringat, khalish baru 8 bulan pakai baju budak umur setahun dah macam sendat. haihhh~

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...