Followers

Wednesday, December 19, 2012

Bila en suami memuji

Ehem.

Sejak perut makin membukit, en alang semakin 'melekat' dengan aku. Kalau dulu balik keje kalau belom jam 8, jangan harap nampak batang hidung dia. Ni tiap2 hari balik jam 6. Kadang-kadang je jam 7.

And kalau tetiba dia bagi sms rindu or puji lambung-lambung, aku dah terbayang malam nanti camne. Nanti kejap-kejap dok cium aku, kejap-kejap dok belek muka, belek perut....aduhai...

Haha. Ini bukannya keluhan. Ini bahagia namanya. Cuma ada sedikit rimas. :P

Macam en alang ni...memang time aku pregnant je yg dia manja terlebih. Dah macam aku ada tambahan anak wei...hehe. Terbalik kan? Patotnya aku yg manja ngan dia kan? Ni dia plak yg buat pangai camtu.

Errr...laki korang kalu korang pregnant apa habit diorang eh?

Monday, December 17, 2012

Emosi seorang Papa. Cengeng seorang Mama.


Sila baca dari bawah ke atas ye. Terima kasih.

Korang tengok je Alang tu tough macam hati keras. Tapi sebenarnya sangat penyayang. Huhu.

Aku rasa screen capture aku ni dah menceritakan segala-galanya. Sekarang ni memang Khalish mencabar kesabaran kami. Nakalnya nauzubillah. Senang sangat nak buat Jaz nanges. Jaz pulak kalau dah nanges susah nak berhenti. Dahla stok nanges jerit2. Aku bet jiran-jiran pon saspek aku ngan alang ni jenis suka dera anak agaknya. Padahal anak2 aku ni cengeng lebih. Upah kartun atau coklat/biskut/vitagen diam la dia. Huhuhu.

Aku tak tegah en Alang pukul Khalish masa ni sebab aku pon geram sangat ngan pangai dia. Tapi, bila fikir-fikir balik, berdosa kami buat Khalish macam tu. Anak sekecil itu apa lah yang difahamnya. Aku prefer tegur dengan cara tegas. Tapi ye la kan, kesabaran seseorang tu ada batasnya.alang pulak jenis dia cakap dah lebih beberapa kali tapi tak dengar kata, start dah dia acah2 ngan rotan tu. Selalunya dia rotan sofa je la. :P
Ni dah tak tahan sabar sangat dah sebab petang tu beberapa kali dia tolak, tarik rambut, rebut mainan dengan Jazly. Ditambah pulak pengasuh di taska mengadu yang Khalish sekarang ni agak mengganas dan suka mengusik adiknya. 

Pada telahan aku mungkin juga Khalish kadang-kadang merasa kami melebihkan Jazly. Padahal Khalish manjanya nauzubillah...baru aku jegil mata dah terlalak-lalak meraung. Jazly ni sejak aku pregnant, lebih manja. Kalau dulu dia berhati keras, kalau kena amrah macam mana sekali pun dia akan buat dek je. Skarang dia ikut jejak abangnya. Mama jegil mata je dah terlalak2. Hoih. senang keje aku wei. Tapi tu la. Bingit jugak kalau dah setiap kali jegil, setiap kali tu jugakla nak menangis. Disebabkan Jaz semakin manja, Khalish lihat kami melebihkan Jaz.

Tu la kan. Anak-anak ni kecik2 camtu pon dah tau cemburu. Dah tau nak mendengki. Harap-harap sifat suka buat adik ni sementara la Khalish oi. Mama tak sanggup dah tengok awak kena tibai lagi. Huhu.



Friday, December 14, 2012

Birthday En Alang yang ke-?

Setelah sekian lama dah tak bersiaran, hari ni terbuka hati nak bercerita.
:)

Semalam birthday en alang. Alhamdulillah, setelah 4 tahun dan akan menjengah ke tahun ke 5 perkahwinan kami,  kami lebih slow dan steady melayari bahtera. Panas baranku yang sering memuncak di awal perkahwinan, pada tahun ke 3 dan hingga kini semakin menurun. Mungkin dengan kehadiran anak-anak membuatkan aku kuat dan lebih penyabar. Dan mungkin juga berkat doa seorang suami dan kesabarannya melayani kerenahku yang slalu roller coaster menjadi penyebab aku sekarang mudah lembut hati.

:)

Eh. Nak cerita pasal birthday en alang laaa!!! Ni apa terbabas sampai ke hal aku plak ni...tengok. Dah lama tak menaip camni la rupanya...huhuhu~

Tepat jam 12 tengah malam, aku wish birthday kat dia. Masa tu dia nak lelap mata dah, bila dengar aku wish kesejahteraannya, semoga dia sihat selalu untuk menjaga kami, semoga kami sentiasa bersama dalam suka duka...dia senyum dengan mata masih tertutup. Mungkin dia keletihan emosi kerana sebelum tu dia dengan tak sengaja TERpukul khalish dan menyesal tak sudah (ini aku ceritakan kemudian). Selepas memberikan ciuman hari jadi, kami lena hingga ke esok pagi. EH! Mana mungkin! Khalish yang setiap 2 jam meminta susu tu takkan memungkinkan kami untuk tidur lena setiap malam. Anak, anak...~ Jaz takde pulak pe'el macam abang dia ni. Bagus jugak. Kalau dengan dia2 buat pangai macam abangnya yang setiap 2 jam minta susu, parah la jugak.

Slalunya aku suka celebrate birthday en alang tepat jam 12 tgh mlm tu jugak. Tapi masa tu aku yang tak berapa ada mood sangat, aku bilang dengan en alang yang kita kuar makan je la esok petang ye bang? Dia ok je. Cuma en alang yang kena balek kerja awal.

Petang tu kami just pergi ke AEON manjung. Memula bawak anak-anak jalan-jalan dulu sambil bawa diorang main di arked. Si khalish buat perangai selepas habis 5 token, taknak keluar dari arked. Terjerit-jerit menangis-nangis. En alang dah malas nak melayan kerenah khalish, terus tinggalkan dia sorang-sorang. Aku pon terpaksa tinggalkan dia...dan agak-agak jauh sikit (tapi masih dalam pandangan aku la) aku lambai-lambai pada khalish. Amboi...kemain ketegaq takmo datang tu...biarpon kami dah agak jauh tinggalkan dia. en alang kata, biarkan...kita tengok sampai bila dia nak buat pangai camtu. Last-last kitorang buat-buat macam tak nampak dia dan konon-konon tengah pilih baju. E eh...tetiba je dia tercegat kat sebelah aku tersengih-sengih. Nampak sangat nak tarik perhatian orang je mamat sorang ni.

Lepas tu, aku ajak en alang makan. At first dia nak makan kat pizza hut, so menuju la kami ke sana...ADOILA...berbulu gile aku kat PH. Dahla nak duduk diorang tak carikan meja, kami yang tercangak-cangak mencari meja yang sesuai. Bila dah duduk tu, agak-agak dalam 8minit takde satu menu pon yang sampai. Yang si Jazly dh mengamuk-amuk. Agaknya kelaparan la tu. Bayangkan 8 minit nak tunggu menu je. Alang dah nampak aku nak menyinga, cepat2 dia panggil waiter mintak menu. Dah pilih2 menu, hoih...kemain lama tunggu nak amek order. Padahal bukannya ramai customer pon. Diorang ni nak berniaga ke idakkk??? Aku dah tak tahan. Dengan Jazly dah menjerit-jerit, Khalish pon dah start buat pangai, aku cakap kat En Alang...dahla bang. Diorang ni taknak berniaga agaknya. Jomla blah. Aku angkat Jazly menonong keluar dulu. En Alang dan Khalish keluar kemudian. Aku tak pandang kiri kanan dah. PH ni mana2 branch pon menyakitkan hati je. En Alang kata orang2 yang makan dalam PH tu tengok je aku dah amukan dengan anak yang terjerit2. Aku tak faham betul, sampai 3 orang waiter berdiri tercongok kat depan pintu, tapi takde sorang pon yang entertain kitorang. Dah nampak kami ni dengan 2 anak kecil, patutnya dilayan seadanya supaya budak-budak rasa selesa dan kami ni puas hati. Ini tak, macam tak nampak je kitorang kat situ.Ini bukan satu PH je kami dah rasa, mana-mana PH pon sama je. Servis lembab, muka tak mesra pelanggan, pelanggan diabaikan. ERGHHHHH!!!! Tension betul.

Aku cakap kat En Alang...sorryla sayang. Ayang rasa kita better order dominos delivery lagi bagus tak sakit hati camni. Dia gelak je. Pastu dia suggest makan kat Kenny Rogers. Korang bayangkan KR yang sesak dengan pelanggan pun kemain cepat servisnya. Nak duduk, diorang tunjukkan meja. Baru labuhkan punggung, diorang dah hantar menu. Tak payah dipanggil untuk ambil order, waiter dah tercangak tepi kita nak amek order. Kagum aku. Restoran lain boleh buat, kenapa PH tak boleh??? Aduhaii...pengalaman aku di PH AEON manjung, sitiawan dan tesco stesen 18 semua sama je. TAK MESRA PELANGGAN.

Alhamdulillah kami dapat makan dengan tenang kat KR. Anak-anak yang amukan dari tadi bila sampai KR je e eh...kemain elok pulak pangai korang kan. Khalish dengan tenang buat hal sendiri, main pisau garfu dan tisu. Jazly pulak terkekeh-kekeh gelak bergurau dengan En Alang. Haaa...situasi macam ni la yang aku nak. Aku rasa budak-budak pun dapat rasa aura yang berbeza antara PH dan KR. Hehehe.

Aku rasa ada dalam setahun lebih kitorang tak pekena KR. eh...ntah2 dah 2 tahun kot. sebab last masa lepas pantangkan khalish. EH!!! dah 3 tahun laaa...HAHAHA. Bapak lama!!!! After 3 years baru dapat makan KR. Kesian tak???

Lepas makan tu konon-konon nak la jalan-jalan kejap ingat nak beli birthday cake kat Baskin Robin. First time konon2 nak rasa cake kat situ. Tapi En Alang tak nyabor nak balek cepat tengok bola. Haihhh...so beli kek masa on way balek tu je. beli 2 bijik kek satu untuk umah ibu, satu lagi umah mak. Adil dan saksama gitu...hehehe.

Dan tahun ni takde hadiah untuk pujaan hati. Dia dah kata takyah belikan apa-apa untuk dia. Semua dah cukup. Hmmm..tapi terpikir gak ingatkan nak belikan dia jam tangan. Last belikan dia jam adalah masa nikah ye. Lama gile...

Celebrate di KR je...kat manjung ni apa je yang ada. Hehehe.

Balik baru kitorang pekena kek. Black Forest cake. Budak-budak cukup suka kek ni.
:)

Happy Birthday Sayang. Semoga terus sabar dengan kerenah kami anak beranak ye! We Love You!!!










Wednesday, November 7, 2012

Sentap hati Mak, Nak!



Kalau korang sentap tak? Aku sentap gila wei...

Seriously rasa nak jumpa budak yg bg status tu nak lempang2 je. Bila tgk2 balik, laaa..budak ni nak jual produk. Kalau ye pon cik adik...nak jual produk pon, tak perlu la nak tulis YAHUDI atau nak burukkan anak2 yang diberi susu formula. Tak semua orang mampu nak beri anak susu badan. 

Aku faham sekarang ni memang banyak sumber2 yang boleh dipercayai; untuk tambahkan susu badan. Percayalah, macam2 usaha aku buat. Tapi kalau budak dah tak nak, melalak2 meraung2 tolak susu badan ni, nak buat macam mana lagi? Nak biar anak tu kelaparan? Sebab taknak anak tu ikut AGENDA YAHUDI? Come on la...jangan cetek sangat fikiran tu.

Aku harap pada korang2 yang jual produk, please jaga sensitif sekeliling ya. Aku betul2 tak setuju strategi jual produk dengan cara macam ni. Banyak lagi cara lain boleh promosikan produk. Bila kau buat camni, lagi buat orang tak suka ada la. 

Seriously, budak yang jual produk ni jual sama produk yang aku jual. Shaklee. Nak berniaga pon kena ada ilmu ye, jangan main langgar je. Ini dah sentuh bab2 menyentuh perasaan "potential customer" dah tentu2 orang tak nak beli barang ko dah. Dan maybe orang tak percaya dgn keberkesanan produk tu sendiri. 

So kawan2. aku tau korang ramai yang jadi dealer Shaklee. Dan yang berniaga produk2 lain. Nasihat aku cuma satu, jaga perasaan sekeliling. Dan ikut etika berniaga. Kalau tak tau etika berniaga, korang google je. Banyak tips dan nasihat untuk berniaga ni. 

P/S: Korang jangan plak serang budak ni. Tu aku dan kawan2 dah tarbiah dia, aku rasa dia dah take note. Ini sebagai contoh je ye. Jangalah ikut contoh kurang baik camni. 




Monday, September 3, 2012

Nombor 3

Bismillahirrahmanirrahim...

As-salam semua kawan2! Wah...ni bukan dah tahap bersawang...ni dah tahap berhabuk tebal 3 inci dah ni. Sebulan lebih tak menitipkan apa-apa di blog yang dah rupa hidup segan mati tak mahu ni. Harap kawan-kawan semua tak lupa terus dengan penulisan di blog ini ya.

Datang ku datang berhajat,
Hajat yang datang bersama berita,
Berita ini tersebar dengan cepat,
Harap kawan-kawan doakan kesejahteraan bersama.

Aku mengandung lagi. Yang ke-tiga kalinya. Syukur alhamdulillah...~

Aku dah mula merasa tidak sedap badan pada Hari Raya tempoh hari. Bayangkan...gambar di hari lebaran memang tiada cuma ada la sekeping dua gambar anak2. Betapa aku tidak begitu ingin meraikan lebaran dan bersalaman dengan suami pun hanya pada petang hari raya pertama. En Alang sampai sindir aku...awat bini dia ni tak mintak maaf kat dia lagi?

Seperti yang korang semua tahu, aku pengedar Shaklee. Dan pengguna Shaklee tegar dah 3 bulan. So, segala vitamin dan minuman nutrisi aku ambil. Tapi, berat tetap juga naik. Kain dipakai tetap ketat. Syukur juga baju raya tu aku tak tukar pada saiz L. At first memang tersalah ambil size XL. konon2 lepas tu nak tukar size. Tapi asik la terlupa bagai dan bercampur dengan malas...jadinya aku sarung size XL je di hari raya. Dan hasilnya? Sangat terkejut bila aku sarung kain, kain jadi sendat. Aku termenung, sambil tangan tenung label size di kain. Betul ke dah sendat ni? Macam mana boleh sendat? Haritu kat kedai sarung size L kemain selesa je...ni XL boleh sendat.

Itu baru soal pakaian. Sekarang beralih pada cincin. Aku cukup pelik...cincin tunang yang ku pakai ala-ala longgar masa bulan puasa, tibanya raya jadi ketat pulak. Kalau cincin kahwin tu toksah kata la...sampai merah-merah muka dok tolak cincin ke jari. Masa ni dah terfikir pasal pregnant...tapi takkan la. Period aku masih ada walaupun hanya tompok-tompok kecil yang keluar. Tapi terfikir juga...mungkin period yang sikit ni adalah satu petanda. Tapi malas nak semakkan otak, so ignore je la. Sampaila ke suatu ketika bila jerawat tumbuh bagai nak rak di muka, muka berminyak-minyak, perut kembung, berat naik, mual-mual...aku dah cuak. En Alang pun tegur kenapa perut aku macam orang mengandung? Adeh...masa ni memang dah terfikir nak buat UPT. Tapi aduhai...lemah semangat. Ye la...kami ni tengah planning anak. Persediaan mental fizikal sah-sah tak ready apa pun.

31 Ogos tu sedang berjalan-jalan, aku ajak en alang ke farmasi. Aku tak nak cuakkan dia, just cakap aku nak ke farmasi sebab nak cari pill box. Tapi tujuan utama nak beli UPT stick. Sampai je rumah, meluru aku ke toilet. Cecepat test. Entah kenapa dalam ketidaksediaan tu, bila tengok double line, aku tersenyum sendiri. Gembira. Terharu. Diberi kesempatan olehNya untuk merasai benih di dalam rahim ku bernyawa. Sungguh tak terkata. Keluar je aku dari toilet, aku nampak en alang terbaring main henset atas katil. Aku layangkan UPT pada En Alang. WAH!! Terkejut sampai melompat dari katil laki i u ols! Hahaha. Sambil tu, tangan dia menggigil pegang UPT sambil tanya aku, berapa minggu dah ni yang? Aku senyum je....suruh dia kira sendiri. En Alang memula memang agak susah nak terima kenyataan yang aku mengandung lagi. Puas difikirkan macam mana aku boleh mengandung sedangkan kami ambil pelbagai cara untuk elakkan dari pregnant. Tapi kuasa Allah kan. Kalau dah tiba rezeki tu, Dia bagi je. Alhamdulillah now tiap-tiap pagi En Alang ucap salam pada perut aku. Maknanya dia dah boleh terima anak ini dan selesa dengan kehadirannya. Siap dah planning by next year nak cari keje yang lebih elok dan nak berniaga. Alhamdulillah Allah berikanku suami yang rajin dan tak putus asa dengan keadaan. :)

Adik beradik, bonda dan ayahanda tersayang sambut baik dengan berita yang satu ni. Semoga anak ini memberi seribu rahmat kepada kami sekeluarga.

Apapun, doakan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan kami ye.




Haha. Check sampai 2 kali. Macam tak percaya pun ada jugak. Aduhai...~


Wednesday, July 18, 2012

Passion terbaru. Seronok pulak dok baking2 ni.

Faedah bila berkawan dengan ramai bloggers ialah bila kita seronok tengok hobi diorang. Ada yang suka kumpul novel, ada yang suka menjahit, ada yang suka memasak, ada yang suka bakar-bakar kek, cupcakes etc. 

Aku ni pun tak kurang terpengaruh jugak dengan bloggers. Haha. Bila hari-hari dok tengok Mek Nano buat macam2 kek, harusla terliur. Kalau nak tempah dari dia mana maunya...Mek tu stay kat Kuantan. Ate gila nak pos kek jauh2. Mau sampai sini bersepai kek tu karang. Haha.

So, dengan pengalaman yang ZERO tentang baking2 ni, sikit2 aku belajar dari Mek Na. Alhamdulillah...dah boleh buat sikit2 dan yang seronoknya tu bila tengok orang makan tak kalih kiri kana. Macam sedap sangat rupanya. Haha.

So, jom jengah apa yang aku dah buat sepanjang 2 bulan belajar baking:

Cream Puff


Devil's Food Chocolate Cake


Pavlova




Rainbow Cake


So amacam? Ada yang tertelan air liur berkali2 tak? 




Monday, July 16, 2012

ESP - Energizing Soy Protein


Energizing Soy Protein (ESP) merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebeas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
  • Tumbuhan berprotein yang berkualiti tinggi dengan kandungan 14 gram protein soya sihat dan 500 mg kalsium bagi setiap hidangan
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolesterol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat
Shaklee ESP bertindak:
  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
  • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identiti Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
  • Sbb Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti Membina sel-sel baru, Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.
  • APA yg BEST tentang ESP ?merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol Dan Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. ESP juga Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) Dan Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.
  • Kelebihan ESP Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, Bantu hilangkan parut jerawat di muka, Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.ESP juga Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  • ESP jika diambil bersama supplement2 lain akan bantu penyerapan yg lebih baik semua supplement yg kita ambik..cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yg tak ambil bersama ESP.

Testimoni ESP:

Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3


berminat? cuma hubungi saya seperti di bawah:

Intan Hezliyana Abdullah, 
call/sms/whatsapp: 014-3413802 
email: puterikurekure@gmail.comhttps://www.facebook.com/SihatUntukSemua 
Shaklee Independent Distributor [ID: 881198]


Sumber info dari:
Shaklee Product Guide



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Friday, July 13, 2012

Menang GA, Ramadan, Syawal, Shaklee Independent Distributor...eh..banyaknya yang berlaku!

AKU MENANG!

Tak sangka sungguh. Alhamdulillah..ada juga rezeki aku di ambang Ramadan ni. Hehe. Seronok sangat bila Ainul sendiri bgitau yang aku memang dan diminta memilih sendiri jenama perfume yang dikehendaki. Oh! Indahnyaaa....~

Bertambah aksesori untuk Hari Lebaran nanti. Hehe.

Bercakap pasal Ramadan dan Lebaran...korang dah habis ganti puasa ke ni? Aku masih ada lagi yang tak sempat nak diganti. Nampak gayanya memang kena bayar Fidyah la tahun ni. Doakan aku kuat nak menggantikan puasa tahun depan pula ye?

Raya tahun ni korang beraya kat mana? Aku hanya beraya di rumah parents En Alang je tahun ni. Nasib baik juga sebab alhamdulillah rezeki Ibu Ayah dapat dipilih pergi ke tanah suci untuk tunaikan haji tahun ni.Memang yang nampak obvious seronok dan excited nak pergi tu Ibu la. Hehe. Bersungguh2 pergi buat check-up, pi kursus bagai. So, secara automatiknya kami adik beradik beraya Haji tahun ni tanpa ibu ayah disisi. Sedih jugak bila dikenangkan. Kalau boleh nak ikut! Hahaha.

Sebelum berpisah, aku ada sesuatu nak war2kan pada kawan2 semua. Skarang I dah jadi Shaklee Independent Distributor tau. Sekiranya ada persoalan mengenai supplement atau nak order, boleh terus call/sms/whatsapp: 014-3413802 atau pm di fb atau komen kat kotak komentar bawah ni ok.

InsyaAllah aku akan bantu. Supplement ni sebenarnya penting untuk badan kita. Ye la kan, gaya hidup sekarang dengan persekitaran banyak debu dan pemakanan kita yang tak seimbang tu la yang selalu buatkan kita sakit2. Betul tak?

Antara set supplement yang ditawarkan adalah:
1. Set Ibu Mengandung
2. Set Kesihatan Optimum
3. Set Ibu Menyusu
4. Set Berpantang/Pembedahan
5. Set Kecantikan/ Kesuburan
6. Set Penjagaan Dalaman Wanita
7. Set Resdung/Alergi/Asthma/Enzema
8. Set sistem Pertahanan Badan
9. Set Kurang Berat Badan
10. Set Naik Berat Badan
11. ESP - Energizing Soy Protein

Tentang harga jangan risau...insyaAllah aku akan bantu mengikut kesesuaian bajet korang.

Sekarang aku sedang consume Set Kurang Berat Badan dan ESP. ESP dah masuk 3 minggu aku consume dan wah...macam2 benefit aku dapat. Di episod lain aku cerita lagi ok pasal ESP ni. Tak rugi cuba...



Intan Hezliyana Abdullah, 
call/sms/whatsapp: 014-3413802
https://www.facebook.com/SihatUntukSemua
Shaklee Independent Distributor [ID: 881198]





Thursday, June 21, 2012

Give Away - Blogger Ainul's 3rd Anniversary



Wah. Bila kena tag untuk buat GA ni rasa berkobar-kobar pulak. Ye la kan...orang nak bagi hadiah perfume, best tuuu.....nak beli sendiri tergaru-garu kepala. Cuba orang bagi free, kemain laju lagi. Hehe...Dasat tau Ainul ni. Dia punya anniversary, dia pulak nak bagi hadiah kat orang lain. Hehehe.


Share sikit syarat-syarat penyertaan:

5. Sila tag 10 orang & pastikan mereka tahu akan contest ini.

ii. Sharena 
vi. Maghfarah 
vii. Vagg 
viii. Yun
x. Amiys


6. Sila masukkan url link anda di comment entry ini
7. Tarikh tutup pada 3/7/2012

Pemenang adalah 100% berdasarkan cabutan bertuah pihak penaja .


* Pemenang akan diberi pilihan untuk memilih perfume kegemaran beliau di http://andaluciaarmonia.blogspot.com/

Ok siap! Tak susah pon...just follow-follow, like-like, tag-tag dan walla! siap dah. Hehehe. Yang payah tu nak mengetag orang. tapi takpe. Kita tag je je la ye dop. Kalau rasa-rasa nak  dapat peluang dapat perfume free apa salahnya mencoba. 
:)





Thursday, June 14, 2012

Devil's Food Chocolate Cake recipe.


resepi ni aku ambil dari mek Nano. dia jugak la yang membuka hati aku nak cuba baking2 ni. :)

so, aku siarkan resepi ni untuk kawan2 blog aku yang teringin bebenor nak cuba buat kek ni. sila la ye kawan2...


DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
By: Shelly Kaldunski book on Cupcakes
Rujukan : 
kak ita

Bahan Kek Coklat 
2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
1 cawan air suam


Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang ukuran 9 inc.
Alas dngn kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.

Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
Pukul mentega dengan gula pasir dan brown sugar sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan  kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
Terakhir masukkan vanila estract.
Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.

Cream Cheese Frosting
125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ *aku xde lemon, so ganti sunquick

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.

Chocolate Ganache
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
1 sudu teh paste vanila 

Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat, kacau rata. Bila semua sudah cair 
Angkat dan sejukkan

Melapis Kek
Tunggu kek benar-benar sejuk
tuangkan cream cheese frosting atas kek dan ratakan. 
Simpan dalam peti ais sebentar hingga cream cheese mengeras dalam 20 ~ 30 minit
Tuangkan ganache coklat atasnya
Hiaskan kek mengikut kreativiti.
Simpan semula kek dalam peti ais hingga ganache mengeras

Untuk memotong kek yang menggunakan cream cheese.
Celupkan mata pisau dalam air panas atau boleh juga panaskan mata pisau atas  dapur. 
Lap mata pisau dan potong. 

resepi ni bulat-bulat aku ambil dari blog Nano. Aku ambil je sebijik-sebijik resepi ni sebab penerangan dia senang nak faham. agaknya kalau aku yang tulis resepi, mau juling2 mata kornag nak faham. hahaha.

so....selamat mencuba ye! :)





Wednesday, June 13, 2012

Wordless Wednesday: Cubaan membakar kek yang pertama. Success!




Tuesday, June 12, 2012

Renungan pagi selasa - Kita sebagai ibu bapa. Pentingkan diri sendiri?


*Pada awalnya ingin post "status" ini pada wall fb. Tapi bila dah panjang berjela, baik ku pindahkan saja ke blog. Huhu...*

Anak-anak kita tidak menilai kita dengan harta yang kita miliki. Tidak menilai kita dengan jenama pakaian yang melekat pada tubuh. Tidak menilai dengan kenderaan yang dipacu. Tidak menilai dengan gajet terbaru.

Apa yang anak-anak kita perlu hanyalah perhatian. Kasih sayang. Pelukan. Ciuman. Renungan. Kata-kata perangsang. Usapan. Gurauan. Senyuman. Gelak ketawa.

Itu semua hanyalah percuma sahaja bukan? Tetapi mengapa sukar benar antara kita yang meluangkan masa bersama anak-anak untuk bergurau senda, menemani anak-anak membuat kerja sekolah, bercerita bersama...kenapa? Kerana kita pentingkan diri sendiri. Ya. Sikap mementingkan diri sendiri sehingga anak-anak terabai. Nak buatkan anak senyap? Pasangkan saja kartun 24 jam sehari. Nak buatkan anak-anak leka? Belikan saja permainan mudah alih. Mudah bukan?

Aku buat status begini bukan kerana aku hebat. Tidak sama sekali. Kerana aku khilaf dalam mendidik anak-anaklah maka aku up topik ni. Malam tadi ketika lena tidur Khalish terjaga lalu menangis2 dan muntah2. En Alang marah2 Khalish mungkin kerana mengganggu dia menonton perlawanan bola euro. Aku merasa sangat belas melihat Khalish yang menangis kerana saket tekak muntah ditambah pula dengan dimarahi papanya...membuatkan tangisan semakin mendayu-dayu. Aku ketika itu sedang membakar kek. Cepat-cepat aku datang pada Khalish dan berpesan pada En Alang jika rasa berat nak tolong kemas muntah Khalish, tak perlulah nak kemas..aku boleh buat. Jika nak marah2 pada anak sulung kami hanya kerana masa berhibur terganggu, baik tak usah ditambah kesedihan anak...buat tambah dosa pada anak je. Lalu En alang cepat2 say sorry pada Khalish. Tapi, Khalish terlalu terluka dengan kata-kata papanya sebelum ni, dipeluknya aku kuat-kuat.

Pabila merasa anak yang basah kuyup dimandikan papanya memeluk mama meminta perlindungan...aduhai...luluh hati ni. Terus cair semua. Aku pantas capai tuala dan lap badannya, pakaikan pampers dan baju tidur. Khalish tak lepas mengusap tanganku sepanjang aku menguruskan dia. Apabila hendak ditidurkan, dia menyuruh aku baring disebelahnya. Tidak mahu dipopok. Cukup sekadar aku berada di sebelahnya.

Melihatkan Khalish yang semakin merapatkan badannya pada badanku, aku biarkan saja. Tak sampai hati nak tolak dia ketengah. Biarlah aku sakit2 badan sikit kerana emosinya masih belum stabil akibat dimarahi papa. Papanya datang hendak mencium pipi pon dia jual mahal. Kemain lagi menyorok muka masuk celah ketiak aku. Haihh...ikut siapa ni nak?  =_='

Sebelum tidur, aku bacakan surah2 lazim dan hembuskan pada ubun-ubunnya sambil berniat agar Khalish tidak lagi terjaga dan muntah2. Alhamdulillah malam tadi dia tak meragam sangat. Cuma merengek mahukan susu sahaja.

Pabila melihatkan anak begitu mendambakan belaian seorang ibu, amat tersentuh hati. Pabila melihat mata yang redup itu dimarahi papa...aduh! Sungguh tak sampai hati. Oleh itu kawan2 yang bergelar ibu bapa, sama-sama kita ke arah yang lebih baik dan usaha yang terbaik untuk anak-anak kita ya. Jika mereka melakukan sesuatu yang "nakal" dan mencabar kesabaran, ingat semula. Kita semasa kecil mungkin lebih "nakal" dan lebih mencabar kesabaran ibu bapa kita. Kita cuba didik mereka dengan cara yang lebih positif ye! Dan yang paling penting, jika terasa anak-anak "menyusahkan", baik toksah beranak. Amboi...kemain lagi kata susah bagai ye. Dulu masa belum ada baby kemain lagi nak ada baby, rumah meriah la apa la. Now budak tu dah besar sket, dimarah2, dimaki2 pula. Harap tiada sikap sebegini antara kita. Nauzubillahiminzalik.









Monday, June 4, 2012

Merindui kailan. Eh. Kalian.


Maafkan aku sekiranya telah lama blog ini aku tinggalkan. Kekangan kesibukan kerja dan keluarga membuatkan aku tidak betah untuk menaip panjang berjela. Oleh sebab itu aku lebih memilih untuk fb dan tweet kerana ianya lebih pantas dan menyenangkan. Tidak perlu procedure remeh cuma dgn 2 click terus saja aku boleh update status terkini. Malahan untuk menjengah rakan-rakan blog yang lain juga tidak berkesempatan.

Bercakap tentang kejahilanku tentang kawan-kawan blog, tiba-tiba aku dikejutkan dengan kelahiran anak baru ashra. Ah! Sangat ralat rasanya bila aku hanya tahu kehadiran nak ketiganya itu hanya setelah anak itu berumur 3bulan. Bayangkan, sepanjang ashra pregnant pon aku tak ambil tahu. Yup...sampai begitu sekali jauhnya aku dari dunia blog. Hampir setahun aku mengabaikannya.

Berkali-kali aku cuba untuk berazam kembali aktif berblogging seperti dulu. Indah menjalin ukhwah bersama rakan-rakan blog yang mengenaliku sejak aku single hingga beranak dua. Tetapi hanya angan-angan kosong. Sering saja aku hanya menatap skrin dengan pandangan kosong tiap kali aku click new entry. Yang anehnya apabila aku jauh dari skrin komputer, macam-macam cerita pula yg muncul dari benakku. Serasa ingin saja aku taip panjang-panjang dalam fb dan twitter. Tapi dah tentu itu kerja gila bukan? Haha.

Aku menaip kerana ku terlalu rindukan rakan-rakan blogku. Pada yang mengenali betapa tembam dan bulatnya aku dahulu. Pada yang mengenali betapa gila-gilanya aku. Pada yang mengenali betapa aku taksub bercerita tentang en alang, jaz serta khalish. Pada yang sama-sama gelak ketawa pada entri lucu ku. Pada yang sama-sama menitiskan air mata tatkala aku berduka. Pada yang mengenali aku hanya dgn memandang en alang. Pada yang mengenali aku hanya dari gambar-gambar 2 hero cilikku. Oh! Aku sungguh beruntung punya kalian. Sungguh!!!

Di sini aku ingin berterima kasih dan sesungguhnya aku menghargai kehadiran kalian. Tanpa korang, tiada puterikurekure. Tanpa korang, tiada intan and the boys. Terima kasih kerana masih sudi bertandang di sini. Terima kasih kerana masih setia menanti. Doakan aku sentiasa mempunyai roh rajin untuk menaip lagi.

Sebelum berpisah, aku sajikan gambar-gambar terkini budak berdua...~

Khalish bersama bakul faveret. masuk dalam bakul dan roll diri sendiri bersama bakul. hahaha.

gambar ni memang terbalik. jazly mengamuk. 

amukan yang buatkan satu rumah bersepah. haih la anak...~

masing2 mengepit kesayangan bucuk. khalish bersama 2 Mr.Tt dan jaz bersama bantal peluk pink. sungguh jambu anak-anakku ini.

mengacau papa basuh kereta. terus mama bukak baju diorang dan biarkan hanya berpampers saja.

aktiviti hujung minggu. mandi kolam!!!

Jaz bersama birthday boy, Dhani Thaqif. 

Bersama di playground. Di mana selepas gambar ini diambil, Jazly jatuh dan luka di hidung. Hoho..

Jalan-jalan di AEON Station 18. Best masa ni takde orang sangat.




Posted via Blogaway

Thursday, May 24, 2012

Nyawaku



Posted via Blogaway

Friday, April 20, 2012

Moment indah bersama kalian...~

dengan anak2 ni selalunya rasa riang je. kadang2 bila penat balek keje tengok diorang happy2 main dan mengusik adik-abang buatkan letih keje tu tak terasa. khalish skarang dah faham sangat kalau dia TERnakal je, aku akan sebut ayish good abang kan, good boy mana boleh buat adik camni...terus dia behave balek. legaaaa hati bila dia mendengar kata. now tidor malam pon dah jarang nanges jerit2. so dah seminggu aku dan alang dapat tidor yang bermutu tinggi. hehe.

apapon, layan je la kerenah budak2 ni.

khalish dalam cubaan buat peace. tengok apa ada kat tengkuk dia tu...haihh...~

capai mr.Tt pulak dan buat peace sebelah tangan. mesti nak buat peace kat mata tu kenapa dik?

jazly ceria. 

jaz dok atas perut mama. tunggu giliran kat klinik. rajin anak mama baca buku ye.

oopps! ting-ting adik ni bila nak tanggal?

lepak2 kat jusco station 18. 

camni la rupa kami kalau kat mall. 2-2 dalam troli. senang!

khalish korek hidung ke tu? haha. 

adik jaz ralit tgk kartun2 atas lantai. tengok muncung dia tuuu...~




Friday, April 6, 2012

Senarai bajet kami semasa bercuti di Langkawi.

Susulan dari:

Ni  kiranya macam percutian bajet la. Kos yang dikira adalah melibatkan 2 dewasa dan seorang kanak2. lagi sorang tu kecik lagi, makan pon tumpang2 je. hehehe.

Masa ni tak pergi pon wildlife park. Tak sempat. Cable car tu tak silap dewasa just rm15 dan kanak2 rm10 kalau tunjuk mykad.
Total kos rekreasi : RM 229


Total kos tol Changkat Jering-Juru-Alor Setar : RM 43.80


Shopping. Tak la banyak mana pon sebab dah janji kali ni nak jalan2 je.
Total shopping: RM 102

Total kos fuel consumption: RM 115

Sebenarnya sewa Myvi tu total RM 160. dah bayar rm50 deposit, RM 110 tu bayar baki je. huhu.
Total kos tambang feri dan sewa kereta: RM 331

Kos makan. Hoihhh....masa 5hb tu tang minum yang tinggi. gagaga. island hopping banyak minum air kot.
Total makan minum: RM 128

Kos hotel 3 hari 2 malam: RM 240

Jumlah keseluruhan: RM 1188.80


Take note perjalanan adalah dari sitiawan ye. Kalau dari KL atau melaka atau kuantan ke memang dah lari jauh dah. ye la kan, minyak je dah berapa. tol lagi. Yang penting percutian setahun sekali ni betul2 buat kami rasa rileks dan happy.
 :)

Ini boleh dijadikan panduan buat mereka yang rasa2 nak bercuti kat Langkawi. 








Thursday, April 5, 2012

Rindu dia yang dulu. Tembam dan bulat. Tak puas!!!!

10 bulan

11 bulan

11 bulan

11 bulan

setahun

setahun 7 bulan

setahun 8 bulan

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

2 tahun 6 bulan


nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...